Fabiha Niaga adalah sebuah syarikat 100% bumiputra yang mengusahakan pemasaran daging rusa tempatan sejak 1996 lagi. Bekalan daging rusa ini diperolehi dari ladang ternakan di Lenggong Perak serta Serting Negeri Sembilan yang diternak secara terbuka.Perkembangan dan tumpuan kerajaan Malaysia dalam membangunkan industri pertanian dan ternakan memberi peluang kepada aktiviti ini untuk terus berkembang hingga keperingkat optimum. Hakikat ini menyaksikan banyak pihak terutama golongan penternak memajukan aktiviti penternakan haiwan dangan lebih sistematik , tersusun serta menggunakan teknologi moden. Namun begitu, bidang penternakan rusa dinegara ini masih kurang mendapat tempat dihati para pengusaha penternakan jika dibandingkan ternakan lain..
Rusa adalah sejenis hidupan liar yang mendapat perlindungan khas daripada kerajaan Malaysia. Kerajaan telah menggalakkan pemeliharan rusa memandangkan permintaan untuk daging rusa yang amat baik. Disamping dagingnya sebagai protein yang tinggi, ia juga mengandungi kadar lemak yang kurang serta kalori yang rendah dan ada juga dibuat ubat. Dalam aktiviti penternakan rusa, terdapat beberapa jenis rusa dan sub spesisnya . Antaranya seperti rusa sika ( Cervus Nippon ), rusa sambar ( Cervus Unicolor ), rusa timor ( Cervus Timorensis ) dan sebagainya. Namun begitu, terdapat 3 jenis rusa utama yang di ternak, khususnya diMalaysia..Antaranya adalah :-
Timorensis ( Exotic )Merupakan jenis yang kerap di ternak, khususnya di Malaysia. Baka jenis rusa ini sering pilihan kerana sifatnya yang mudah menyesuaikan diri pada keadaan alam sekitar, khususnya iklim k
hatulistiwa negara. Kadar kelahirannya yang tinggi turut menjadikan rusa jenis timorensis sering menjadi pilihan untuk ternakan bagi mendapatkan dagingnya serta kadar kematiannya amat rendah.
Pemilik syarikat dan Pengarah Urusan Fabiha Niaga En. Fadhil Hj Osman berkata ramai orang masih menganggap daging rusa adalah makanan untuk golongan yang eksklusif dan tapi kini tidak lagi kerana harga boleh didapat sekitar RM50 bagi setiap kilogram berbanding pada suatu ketika dulu pernah mencecah hingga RM60/ kg.
Khasiat daging rusa
Seperti yang diketahui , daging rusa adalah antara kategori makanan eksotik, ianya digunakan secara meluas sebagai makanan yang mempunyai protein yang tinggi disamping kandungan lemak serta kolestrol yang amat rendah berbanding dengan ternakan lain. Khasiat daging rusa protein 27.6, lemak 0.21, Kolestrol 56, Kalori/100gm 610 berbanding dengan ternakan lain..
Pemasaran
Di Fabiha Niaga kami menyediakan bekalan daging rusa tempatan untuk pasaran Lembah Klang Kuala Lumpur dan Seremban.
Untuk tempahan boleh hubungi :-
Fadhil - 012 351 3031 ( SMS Sahaja )
Rabihah Anis - 017 6096669 ( SMS Sahaja )
*** Penghantaran PERCUMA bagi tempahan tidak kurang 3 kg.
Harga Daging Rusa Terkini ( 15 hb April. 2011 )
Harga Daging Rusa Tempatan ( Frozen )
1 Kg daging rusa frozen adalah = RM50
Rusa Hidup dan Kakas
Harga bergantung pada berat dan saiz rusa berkenaan, biasanya anggaran berat seekor rusa antara 35kg hingga 60kg dengan harga RM55/kg ( RM1925 hingga RM3300 ) bagi setiap ekor kakas ( yang telah disembelih ) dan kami tidak lagi menjual rusa hidup..
Tempahan
Setiap tempahan hendaklah seminggu awal sebelum tarikh penghantaran atau pengambilan bagi memudahkan penangkapan serta pengasingan rusa rusa berkenaan.
Setiap tempahan hendaklah seminggu awal sebelum tarikh penghantaran atau pengambilan bagi memudahkan penangkapan serta pengasingan rusa rusa berkenaan.
Info Stok
- Bekalan sentiasa ada dan mencukupi.
- Berat setiap kg adalah tepat serta berlebih.
- Daging yang cantik serta lembut.
- Tempoh disembelih hingga dipasarkan adalah 1 minggu sahaja jika Frozen..
Gambar-gambar kami..
- Berat setiap kg adalah tepat serta berlebih.
- Daging yang cantik serta lembut.
- Tempoh disembelih hingga dipasarkan adalah 1 minggu sahaja jika Frozen..
Gambar-gambar kami..
Kerja-kerja melapah diging rusa sebelum dibungkus.
Berniaga dipasar tani Sec.13 Shah Alam
Rusa yang baru disembelih sebelum dilapah
Rusa ketika proses penyembelihan oleh iman.
2 ekor rusa yang telah disembelih
Kerja-kerja melapah kulit
Daging rusa yang siap dibungkus
Siap untuk dijual kepada pelanggan pada harga RM48/kg
marilah kita nikmati daging rusa sebenar....
0 comments:
Post a Comment